My Cupcake's

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 18, 2010

Muka Cantik tapi.....Nafas Berbau?

Aduh!!! Saya paling tak suka gangguan nafas berbau ni...frankly speaking dulu masa sekolah memang saya ada masalah ni....kecuali ketika kita bangun tidurlah..memang comfirm berbau semerbak harum punya..hehehe.....cantik tapi bila bercakap.....huh!! sendiri fikirlah apa yang akan terkeluar...hihihi...
Mak cakap tak guna kalau kita ni cantik, bijak, pandai bergaya tapi bila kita bersuara segala-galanya musnah...tau tak nafas berbau ni boleh memusnahkan keyakinan diri disamping mencacatkan penampilan kita...ibarat "musuh dalam selimut" ...statistik menunjukkan individu yang mengalami masalah nafas berbau ini tidak tahu  atau tidak dapat mengesan dengan sendirinya. Apabila kita perasan ada perubahan pada teman-teman atau menjadi mangsa umpatan orang...oh my gosh...tak mahu lah bila orang mengata baru kita nak atasinya so dekat sini nak bagi sedikit tips tentang penjagaan mulut ni...semuanya bermula dari mulut...ye la...kita bercakap pun dari mulut...

TIPS-TIPS MENGATASI NAFAS BERBAU..

1.   Gosok gigi : ye la dari kecil lagi mak dan ayah dah suruh gosok gigi..dekat sekolah pun ada nurse gigi datang bawa gigi palsu dan ajar kita gosok gigi kan..(eeii...saya tak suka sesi ni tau..rasa nak muntah je bila tengok teman-teman lain gosok gigi..huhuhu T_T ) ...paling malas pun gosok 2 kali sehari...kalau rajin gosok gigi ssetiap kali selepas makan. Lagipun kita tak mahu lah gigi kita kuning kan...eeeiii jangan jadi pemalas lah!!

2.   Selain gosok gigi, boleh lah guna alat khas untuk mencuci lidah terutama bahagian bawah lidah. Boleh didapati dekat farmasi seperi Watson, Guardian..etc...tapi saya guna berus gigi je tapi ingat gosok dengan dengan perlahan dan lembut..nanti terluka pula..

3.   Mengunyah: - kenapa pula kena mengunyah ni? sebab kita mesti mengeluarkan rembesan air liur. Air liur penting bagi mengawal kesegaran nafas..mulut kering adalah salah satu punca nafas berbau...jadi boleh lah kita mengunyah buah-buahan rangup seperti epal..


4.   Minum air kosong untuk mencuci sisa-sisa makanan dan mengusir bakteria mulut dari merebak.

5.  Berkumur dengan pencuci mulut khas...cecair pencuci mulut ini mengandungi klorin dioksida dan ianya berkesan membunuh dan mengawal pembiakan bakteria...tapi pastikan kita dah memcuci dengan bersih gigi dan lidah kita terlebih dahulu...

6.   Jaga makanan kamu...makan jangan sebarang makan saja..kerana sesetengah makanan penyebab nafas berbau..terutamanya makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli, dan petai. Jadi mulai hari ini jaga pemakanan kamu!! ^_^

7.   Jumpa Doktor...jika dah cuba semua ni taoi masih lagi tak dapat atasi nafas berbau...temui doktor bagi mendapatkan rawatan. Mungkin kita ada masalah gigi atau gusi.

Tahu tak kamu yang berdiet juga salah satu nafas berbau sebab semasa berdiet ni kta kurang makan dan mengunyah jadi kita kurang mengeluarkan rembesan air liur...

Lagi satu pengeluaran hormon beberapa hari sebelum kedatangan haid (bagi girls) juga punca nafas berbau.  Ketika ini darah mengandungi protien yang berlebihan dan sangat disukai oleh bakteria mulut, bukan saja menyebabkan mood berubah, tetapi juga menjejaskan bau nafas.

Okie...ini sajalah. Harap kita semua terhindar dari masalah nafas berbau ni.  ^_@

haaa...si comel ni tak perlu risau tentang nafasnya...nafas baby selalunya wangi bak bau syurga.
Saya dah ajar anak saya ni gosok gigi setiap hari...ini penting untuk memupuk daily routine dalam dirinya...love him a lots ^_^



2 weeks!!!...amboi kembangnya hidung


model kita :- Puteri & Marsya


Puteri memang pandai bergaya


Posing jangan tak posing...yang mengajar dia posing tentulah saya orangnya...hihihi

cute? Marsya dan senyumannya


Pastikan senyuman kita menawan disamping bebas nafas berbau.


Me & Puteri...hahahaha memang suka bergambar



1 comments:

nettiara said... [Reply to comment]

Assalamualikom...

Jaga kebersihan mulut memang penting,
kalau tak jaga nanti kawan2 pening
Elok2 kawan ramai, sorang2 dh boring
Disebabkan mulut busuk hidup terasing

Ok gak ada tip2 camne nk jaga mulut, dapat gak saya cuba. Tip2 ni bukan saje untuk mereka yang ada masalah nafas berbau, yang tak berbau pun blh amalkan gak...

Kalau boleh pasni bagi tip camne nk hilangkan ketiak berbau. Saya yakin ramai yang ada masalah ni tapi malu nak tanya...he5..

Tahniah, semoga dapat bagi banyak lagi tip2 yang berguna.
TQ.