My Cupcake's

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 21, 2010

JAKIM tarik sijil Halal QBB Pure Ghee

Dunno wat to say.
Dah jadi darah daging kita semua pun...Tapi Alhamdulillah, JAKIM peka dan alerts mengenai product ni. Nun dah tau perkara ini since June 2010 di PBC HPA, Gunung Ledang, Johor. 

Minyak sapi ni ade mengandungi lemak BABI. Minyak sapi ni cukup popular dikalangan mereka yang gemar makan nasi beriani, nasi tomato, kueh raya...hah...jangan cakap ada dikalangan korang yang nak megelat cakap, aku tak makan mende ni semua...tampo kang...hehehehe...gurau jew..lak tak pasal..

Oke, Nun dapat sumber ni melalui email dari rakan sekerja...siap ade pengesahan lagi sebab bila Nun semak di laman web JAKIM...SAH!!!...memang SAH!!! JAKIM dah tarik balik Sijil HALAL minyak sapi ni...Nun ada cakap dekat teman-teman & saudara-saudara terdekat tapi mereka tak mahu percaya...sedih...sekarang ni tolong lah jadi muslim dan muslimah yang menjaga darah daging kita dari sumber haram ini....

Nak story mory sikit, oke bukan Nun nak kutuk ke, nak menjatuhkan maruah orang or watever lah...nak kongsi cerita kawan adik(Nurul Aien) tentang rakan sekerjanya yang begitu naif sekali tentang halal haram ni...sungguh sedih bila Aien cakap dia tu cuma tau BABI tu tak boleh makan...so daging Babi jangan sesekali telan masuk ke tubuh badan kita...maka dengan bangganya dia cerita tidak kisah makan di kedai-kedai bukan muslim yang tiada sijil halal. Dia kata tidak order BABI!!! Kalau dia mintak mee soup yang isinya adalah daging BABI ni, dengan selamba jew dia akan keluarkan daging2 ni sehingga habis, dia akan cakap oke no more pig in my bowl... dah tu dia makan la mee soup dia tu...Kalau moden sangat pun jangan lah bodoh sangat betul tak?

Baca, Pahamkan dan Renung2kanlah..silap siapa?

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.



-END-


4 comments:

~daknakaltomey~ said... [Reply to comment]

moyang tu pakai ni. dia da call hajjah lum tnya psl ni???

Hj.Abdul Kadir said... [Reply to comment]

Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Kemudian ada kawan Pakcik di Singapura beritahu kilang QBB di Australia dah tutup beberapa tahun yang lalu dan kerja membuat QBB sekarang di Shah Alam. Baru Pakcik sedar QBB ini bukan lagi yang original. Dekat sini banyak jenama minyak sapi yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harga dua kali tinggi dari vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green Mountain, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Buat bubur lambuk darinya cukup bagus. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

Norulhuda Sarbangi said... [Reply to comment]

Hj Abdul Kadir : Terima kasih beri komen disini ye...iya la sekarang ni terlalu byk kilang pembuat makanan yg dimonopoli oleh org bukan Muslim..berhati2 la sbb mereka ni cakap mereka bijak pandai dan tau erti Halal tapi definisi Halal itu sendiri mereka tidak mendalami dgn lebih terperinci...Maksud Halal itu terlalu meluas...bukan sekadar tiada Babi, sembelihan sahaja isunya...

nettiara said... [Reply to comment]

Salam.
Saya cadangkan umat islam guna barangan keluaran HPA, 100% dibuat oleh org Muslim n dijamin halal. Disamping bantu ekonomi org islam, barangannya juga sgt baik untk kesihatan. Contoh, Kopi RADIX, kl diamalkan, badan lbh sihat n bertenaga, insyaalah.