My Cupcake's

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 29, 2010

Khas buat SUAMIku yg terSAYANG!!! - RAMLI HJ ABDULLAH

Apabila membaca notes ni di Facebook dari Zulaikha Hafizah Zaine mengalir air mata dan terasa diri ini terlalu banyak menanggung dosa terhadap suami..timbul pertanyaan dalam diri...

- Sudah cukup baikkah diriku ini sebagai isteri mu?
- Sudah cukupkah keperluan dirimu ku sediakan?
- Sempurnakah aku dimatamu?
-Bahagiakah kamu disampingku?
- Adakah sikap dan perangaiku ini disenangi dirimu?
Oh...terlalu banyak persoalan yang tidak dapat dihuraikan...

Nun speechless bila baca notes ni..
Memberi Nun petunjuk ke arah sesuatu dlm membahagiakan lagi kehidupan berumahtangga...

Suamiku - Ramli Hj Abdullah
Aku redha & percaya pada qada' dan qadar dariNya..
Maafkan aku berkasar padamu
5tahun ke...8tahun ke...10tahun ke atau seumur hidup Nun rela bersama dengan abg susah dan senang..
Maafkan diri ku

*Notes yg Nun baca
memberi seribu makna...


Aq da kwen skrg!!

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab saying bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lpas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Haffiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..



(T.T)








-END-



Wednesday, October 27, 2010

Innit = Assignment 6 MyRed Eyes

*updated!!!!!


Yeah!!
Akhirnya siap gak tugasan ini..
Boss
Berapa markah Nun?
100% tak?
Hehehheeheheeeeeeeee

Tuesday, October 26, 2010

Welcome: New Member MyRed Eyes


En.Nettiara
Selamat Berjuang di Dunia siber

^_^

Sunday, October 24, 2010

Blogspot @ Blogpot?

Entri kali ni nak cakap tentang agenda yang tersembunyi pihak2 yang mahu menyebarkan fahaman agama mereka. Tahukah anda jika kita tukar url blogspot kepada blogpot..kita akan pergi direct ke satu website yang bergerak aktif mencari ahli bagi meganuti agama mereka?
Ya..hakikatnya perkara ini berlaku tanpa kita sedari..
Betapa alpanya kita dan betapa bijak pandainya mereka..

contahnya:
secara automatiknya kita akan pergi direct ke website tersebut
Kita cuma perlu buang abjad 'S' di blogspot..
oke perkara ini sering @ boleh berlaku pada mereka yang tertinggal 'S' dalam carian mereka..

Thursday, October 21, 2010

Sibuk

- B.U.S.Y -

Penatnya hari ni...
Tak menang tangan nak layan customer..
so entry kali ni pendek saja la yea..

Balik keje nanti nak g kedai kek la...
nak makan kek yg macam ni


Hmm...Nyumm...Nyummm

^_^


-END-

Wednesday, October 20, 2010

♥ 20.10.2010 ♥

Hari ini adalah

20.10.2010

Tarikh ni chanteqkan...
Sepuluh hari lepas kita dah jumpa

10.10.10

Hari ni sekali lagi kita berjumpa dengan tarikh yang chanteq ^^
Agak-agaknya ada tak orang yang perasan tarikh ni tak pun buat endah tak endah..
Ada tak yang merebut nak lahirkan anak hari ni?
Ye la tidak dapat lahirkan anak 10 hari lepas dapat lahirkan anak tarikh ni pun chanteq ape..
Yang kahwin @ Nikah?
Ada ke hari ni?? Tapi tak de dengar pun kan..kan..kan..
Entah Nun yg tak tahu kot...ada yg sedang meraikannya kot ^^

BTW
Nombor ni ibarat berkuasa pula terhadap manusia
Tepuk dada tanya selera
jangan pergi beli nombor ekor sudah

pss: ada sesetengah org bila ada accident jew sibuk nak pergi tengok..bukan nak menolong pun just nak ambil no plat kenderaan tu tuk beli nombor ekor..ish2....buruk sungguh perangai



Saje je nak kongsi gambo Raya disini...even Raya dah lama abes...dah nak Deepavali lak
hehheehe




Qhael & Dada


Marsya


My happy family ♥ ♥ ♥




Miqhael suka balik Kampung di Johor sebab dapat belasah drum atuknya..hhahahahaha



-END-





Tuesday, October 19, 2010

Work Week !!!

Monday

       Mad as hell!       

               
 Tuesday

    Slowly coming out of it...      


Wednesday

         But not quite there, so watch it! 

Thursday   

The end of the work week is in sight


Friday & Saturday

Friday is Great!!  Luv my  Saturday!

Sunday afternoon

Oh-oh!

Sunday night

Here we go again!!!  



Hehehehehe
Rasa-rasanya semua diantara kita berperasaan seperti ni kan..kan..kan..
kerja oh kerja

^^

-END-




Sunday, October 17, 2010

Bajet 2011

Bajet 2011 dah keluar
Ada dengar kat TV atau baca surat khabar tak? Nun baru je baca dekat surat khabar semalam..
Nak tau lebih lanjut pergi kat sini -Laman Rasmi Bajet 2011


hm..
apa yang menarik ye??
Banyak yang menarik terutama skim perumahan pertama tu yang disediakan untuk kemudahan siswazah yang baru bekerja..
Oke siswazah2 diluar sana yang berkemampuan tu sila rebut peluang ini
kumpul harta sekarang dan bijak melabur di hartanah yang berpotensi menghasilkan pulangan yang lumayan ^^

Just tidak setuju dengan elaun khas RM 500// untuk kakitangan kerajaan jew..
Bukan apa asyik mereka yang bekerja di sektor kerajaan je yang dapat pelbagai keistimewaan..
kami ni yang bekerja di sektor swasta hanya mampu mendengar saja -_-'
sudahlah baru je dapat imbuhan duit raya...sekarang ni menanti elaun khas ni pula..
Betapa untungnya mereka...kerja tidak seberapa tapi masyuk!!!

Alolololollo..
Tak mahu la memeningkan kepala lagi...
Bajet 2011 ku???
ini dia..

1- 20% from salary/month -> saving


2- Nami Island, Korea (Bajet percutian )

3- Bajet persekolahan buat Miqhael --> Aulad Genius

54- Bajet mencompletekan lagi perisian di rumah --> Dreaming of new LED 56''



5- Bajet almari - baju, seluar, kain, yang kecik, yang besar hahahahhaaha etc



Itu saja
Tapi macam susah je nak realisasikan lah bajet Nun tu sebab tak cukup bajet
adoi!!!

T_T



-END-









Friday, October 15, 2010

Good Bye Pink Minky

Nun tukar backgroud
sbb
pink backgroud tu bila tengok lama-lama menyakitkan mata lah..
leh menjadi penyebab DEPRESSED
tekanan yang akan memberi impak kepada insan lain pula
ye la
bila dah strees
rasa marah itu akan mendorong kita mencari kesalahan org lain untuk menjadi mangsa kita bagi melepaskan geram!!

So
Good Bye Pink Minky


I'll miss you...hmmm...maybe la
T_T


-END-



Thursday, October 14, 2010

Aisha



Siapa Dia?
Dari mana?
Kenapa muka dia macam tu?
Hidung dia???

Banyak soalan kan..kan..
Nama Dia Aisha..berumur 19 tahun
Berasal dari Afghanistan
Aisha telah melalui zaman kegelapan di usia kanak-kanak lagi
Kisah tragis Aisha telah mengejutkan seluruh dunia..apabila menjadi wajah muka depan majalah TIME keluaran Ogos 2010

Akibat berhutang...bapa Aishah telah mengahwinkan Aisha dengan seorang pejuang Taliban
Ketika itu Aisha berusia 12tahun
Kalau di Malaysia baru Darjah 6- nak ambil UPSR
Masih lagi kanak-kanak perempuan yang mahu bermanja dengan ibubapa
berlari-lari, bermain pondok-pondok
Tapi bapa dia tergamak merampas zaman keriangan Aisha tanpa berfikir kegelapan hidup bakal melanda

Aisha telah diserahkan kepada keluarga si suami dan penderaan mental & fizikal telah berlaku
Aisha telah dipaksa tidur di kandang kuda
Akibat tekanan yang dilaluinya, Aisha nekad melarikan diri dari suami & keluarga yang kejam itu namun dia telah ditangkap. Sisuami berang dan tanpa belas kasihan telah memotong hidung & telinga Aisha sebagai hukuman.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,  " - Aisha

Aisha dibirakan di kawasan pergunungan dan berjaya merangkak keluar ke rumah datuknya.
Bapanya telah berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, dan dirawat selama 10 minggu. Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu.

Kini
Aisha mampu tersenyum lebar apabila menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahan hidungnya.
Aisha telah muncul ketika menerima anugerah itu dengan memakai hidung palsu dan memberi sedikit harapan bagaimana rupanya selepas pembedahan kelak.


Aisha tersenyum gembira dengan hidung palsunya.

Nun doakan Aisha akan dapat sinar bahagia dalam hidupnya selepas ini dan menjalani hidup seperti insan lain. Semoga detik-detik hitam menjadi sejarah yang tidak mungkin berulang.

-END-











Wednesday, October 13, 2010

Di saat ku Mencintaimu

Hi
Dah cehat dah ^^
tp still bz ngan task kerja
dah cehat tp kene OVER TIME pula..
redha...je la...

Ok
Nun Bzzzzz
Tapi de perasan tak belog Nun dah ade lagu???
jom kita peeling-peeling
layan lirik lagu ni


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta


code HTML
Press ctrl + C to Copy html embedded music code
and ctrl + V to put on your Blog or Website

-END-

Tuesday, October 5, 2010

Been suffering from flu and cough.



Nun Demam...Selsema...Batuk2....
Aduss...sungguh tidak selesa la...
Maka...mood nak berblog pown tidak ada...
gelap
ya minda nun gelap..kosong..
MamaG pun tidak sihat yea
sabar ye..
dah la opis ni sejuk semacam-tersumbat hidungku ini..
adeii
ok
tak mahu mengeluh
ujian tuhan kene tabah dan redha menghadapainya..

*bimbang berjangkit kat Miqhael T_T''

-END-

Friday, October 1, 2010

DiGi iPhone 4 Life

Muka yang sungguh tak tahu MALU!!!
DAMN HER!!!
Hahahhaahaa..kesian tak mampu beli iPhone4 ye cik kak??
Jom ketawakan di ramai-ramai...
Jangan kawan dengan minah ni....
Jangan main pondok-pondok dengan dia...
Jangan ajak dia makan satu meja dengan kita..
Biar dia sorang-sorang kat situ..
Tapi...
Lihat muka dia....sedih betul weh..
Dah jom blah..makin lama makin simpati pulak.. ^^
HUH!!!
Bagi je la iPhone4 tu kat dia...dah tahap gaban kesian nie..
heheheheheheee
^_^


*sibuk mummy dia bergambar...Qhael pun excited juga nak bergambar...tak pe lah...tanda sokongan moral tu..hehehehehee

see??...excited rite?? hehehehehehe..

-END-