My Cupcake's

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 14, 2010

Aisha



Siapa Dia?
Dari mana?
Kenapa muka dia macam tu?
Hidung dia???

Banyak soalan kan..kan..
Nama Dia Aisha..berumur 19 tahun
Berasal dari Afghanistan
Aisha telah melalui zaman kegelapan di usia kanak-kanak lagi
Kisah tragis Aisha telah mengejutkan seluruh dunia..apabila menjadi wajah muka depan majalah TIME keluaran Ogos 2010

Akibat berhutang...bapa Aishah telah mengahwinkan Aisha dengan seorang pejuang Taliban
Ketika itu Aisha berusia 12tahun
Kalau di Malaysia baru Darjah 6- nak ambil UPSR
Masih lagi kanak-kanak perempuan yang mahu bermanja dengan ibubapa
berlari-lari, bermain pondok-pondok
Tapi bapa dia tergamak merampas zaman keriangan Aisha tanpa berfikir kegelapan hidup bakal melanda

Aisha telah diserahkan kepada keluarga si suami dan penderaan mental & fizikal telah berlaku
Aisha telah dipaksa tidur di kandang kuda
Akibat tekanan yang dilaluinya, Aisha nekad melarikan diri dari suami & keluarga yang kejam itu namun dia telah ditangkap. Sisuami berang dan tanpa belas kasihan telah memotong hidung & telinga Aisha sebagai hukuman.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,  " - Aisha

Aisha dibirakan di kawasan pergunungan dan berjaya merangkak keluar ke rumah datuknya.
Bapanya telah berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, dan dirawat selama 10 minggu. Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu.

Kini
Aisha mampu tersenyum lebar apabila menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahan hidungnya.
Aisha telah muncul ketika menerima anugerah itu dengan memakai hidung palsu dan memberi sedikit harapan bagaimana rupanya selepas pembedahan kelak.


Aisha tersenyum gembira dengan hidung palsunya.

Nun doakan Aisha akan dapat sinar bahagia dalam hidupnya selepas ini dan menjalani hidup seperti insan lain. Semoga detik-detik hitam menjadi sejarah yang tidak mungkin berulang.

-END-











6 comments:

farah nordin said... [Reply to comment]

mula2 tengok dulu menakutkan...
tapi sekarang aisha dah cantik...

nizam omar said... [Reply to comment]

aduhai...teruk betul ayahnya dan suaminya..taksub sangat lah tu...yang jadi mangsa..anak2..apa pun ada hikmah setiap kejadian..kalau tak..dia tak kan masuk majalah TIME kan..hehehe

Norulhuda Sarbangi said... [Reply to comment]

farah: tu la bln ogos dulu tgk cover Time mmg takut sgt...tapi bila dia pakai hidung palsu ternyata Aisha ni chanteqkan orgnyer ^^

Norulhuda Sarbangi said... [Reply to comment]

nizam: betul gak tu...kuar Time & leh glamour 1 dunia rite :P

Masrom Ahmad said... [Reply to comment]

banyak moral of the story disebalik post ni... salah satunye ialah kite kene syukur negara kite takde perang klau tak lagi ramai yang hilang hidung.. skang ni pun ramai yg muke jadi herot pasal xcident,, mati bukan pasal perang tapi pasal xcident, sama2 la kita berdoa semoga allah melindungi dan sentiasa memberi kesejahteraan pada kita semua. Amin.

nettiara said... [Reply to comment]

Betul tu, syukurlah negara kt tkde perang dan syukurlah ayah kt tak mcm ayah Aisha dan banyak2 syukurlah dpt suami bkn kaki judi, kaki perempuan, minum arak n pukul bini n ptg hidung bini. Kl dpt suami camni baik syukurlah dan jagalah suami dengan ikhlas dan setia. Amin.