Thursday, 21 October 2010

Sibuk

- B.U.S.Y -

Penatnya hari ni...
Tak menang tangan nak layan customer..
so entry kali ni pendek saja la yea..

Balik keje nanti nak g kedai kek la...
nak makan kek yg macam ni


Hmm...Nyumm...Nyummm

^_^


-END-

Tuesday, 19 October 2010

Work Week !!!

Monday

       Mad as hell!       

               
 Tuesday

    Slowly coming out of it...      


Wednesday

         But not quite there, so watch it! 

Thursday   

The end of the work week is in sight


Friday & Saturday

Friday is Great!!  Luv my  Saturday!

Sunday afternoon

Oh-oh!

Sunday night

Here we go again!!!  



Hehehehehe
Rasa-rasanya semua diantara kita berperasaan seperti ni kan..kan..kan..
kerja oh kerja

^^

-END-




Sunday, 17 October 2010

Bajet 2011

Bajet 2011 dah keluar
Ada dengar kat TV atau baca surat khabar tak? Nun baru je baca dekat surat khabar semalam..
Nak tau lebih lanjut pergi kat sini -Laman Rasmi Bajet 2011


hm..
apa yang menarik ye??
Banyak yang menarik terutama skim perumahan pertama tu yang disediakan untuk kemudahan siswazah yang baru bekerja..
Oke siswazah2 diluar sana yang berkemampuan tu sila rebut peluang ini
kumpul harta sekarang dan bijak melabur di hartanah yang berpotensi menghasilkan pulangan yang lumayan ^^

Just tidak setuju dengan elaun khas RM 500// untuk kakitangan kerajaan jew..
Bukan apa asyik mereka yang bekerja di sektor kerajaan je yang dapat pelbagai keistimewaan..
kami ni yang bekerja di sektor swasta hanya mampu mendengar saja -_-'
sudahlah baru je dapat imbuhan duit raya...sekarang ni menanti elaun khas ni pula..
Betapa untungnya mereka...kerja tidak seberapa tapi masyuk!!!

Alolololollo..
Tak mahu la memeningkan kepala lagi...
Bajet 2011 ku???
ini dia..

1- 20% from salary/month -> saving


2- Nami Island, Korea (Bajet percutian )

3- Bajet persekolahan buat Miqhael --> Aulad Genius

54- Bajet mencompletekan lagi perisian di rumah --> Dreaming of new LED 56''



5- Bajet almari - baju, seluar, kain, yang kecik, yang besar hahahahhaaha etc



Itu saja
Tapi macam susah je nak realisasikan lah bajet Nun tu sebab tak cukup bajet
adoi!!!

T_T



-END-









Thursday, 14 October 2010

Aisha



Siapa Dia?
Dari mana?
Kenapa muka dia macam tu?
Hidung dia???

Banyak soalan kan..kan..
Nama Dia Aisha..berumur 19 tahun
Berasal dari Afghanistan
Aisha telah melalui zaman kegelapan di usia kanak-kanak lagi
Kisah tragis Aisha telah mengejutkan seluruh dunia..apabila menjadi wajah muka depan majalah TIME keluaran Ogos 2010

Akibat berhutang...bapa Aishah telah mengahwinkan Aisha dengan seorang pejuang Taliban
Ketika itu Aisha berusia 12tahun
Kalau di Malaysia baru Darjah 6- nak ambil UPSR
Masih lagi kanak-kanak perempuan yang mahu bermanja dengan ibubapa
berlari-lari, bermain pondok-pondok
Tapi bapa dia tergamak merampas zaman keriangan Aisha tanpa berfikir kegelapan hidup bakal melanda

Aisha telah diserahkan kepada keluarga si suami dan penderaan mental & fizikal telah berlaku
Aisha telah dipaksa tidur di kandang kuda
Akibat tekanan yang dilaluinya, Aisha nekad melarikan diri dari suami & keluarga yang kejam itu namun dia telah ditangkap. Sisuami berang dan tanpa belas kasihan telah memotong hidung & telinga Aisha sebagai hukuman.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,  " - Aisha

Aisha dibirakan di kawasan pergunungan dan berjaya merangkak keluar ke rumah datuknya.
Bapanya telah berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, dan dirawat selama 10 minggu. Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu.

Kini
Aisha mampu tersenyum lebar apabila menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahan hidungnya.
Aisha telah muncul ketika menerima anugerah itu dengan memakai hidung palsu dan memberi sedikit harapan bagaimana rupanya selepas pembedahan kelak.


Aisha tersenyum gembira dengan hidung palsunya.

Nun doakan Aisha akan dapat sinar bahagia dalam hidupnya selepas ini dan menjalani hidup seperti insan lain. Semoga detik-detik hitam menjadi sejarah yang tidak mungkin berulang.

-END-











Sibuk

- B . U . S . Y - Penatnya hari ni... Tak menang tangan nak layan customer.. so entry kali ni pendek saja la yea.. Balik keje nanti nak ...