Showing posts with label Halal Haram. Show all posts
Showing posts with label Halal Haram. Show all posts

Tuesday, 21 September 2010

JAKIM tarik sijil Halal QBB Pure Ghee

Dunno wat to say.
Dah jadi darah daging kita semua pun...Tapi Alhamdulillah, JAKIM peka dan alerts mengenai product ni. Nun dah tau perkara ini since June 2010 di PBC HPA, Gunung Ledang, Johor. 

Minyak sapi ni ade mengandungi lemak BABI. Minyak sapi ni cukup popular dikalangan mereka yang gemar makan nasi beriani, nasi tomato, kueh raya...hah...jangan cakap ada dikalangan korang yang nak megelat cakap, aku tak makan mende ni semua...tampo kang...hehehehe...gurau jew..lak tak pasal..

Oke, Nun dapat sumber ni melalui email dari rakan sekerja...siap ade pengesahan lagi sebab bila Nun semak di laman web JAKIM...SAH!!!...memang SAH!!! JAKIM dah tarik balik Sijil HALAL minyak sapi ni...Nun ada cakap dekat teman-teman & saudara-saudara terdekat tapi mereka tak mahu percaya...sedih...sekarang ni tolong lah jadi muslim dan muslimah yang menjaga darah daging kita dari sumber haram ini....

Nak story mory sikit, oke bukan Nun nak kutuk ke, nak menjatuhkan maruah orang or watever lah...nak kongsi cerita kawan adik(Nurul Aien) tentang rakan sekerjanya yang begitu naif sekali tentang halal haram ni...sungguh sedih bila Aien cakap dia tu cuma tau BABI tu tak boleh makan...so daging Babi jangan sesekali telan masuk ke tubuh badan kita...maka dengan bangganya dia cerita tidak kisah makan di kedai-kedai bukan muslim yang tiada sijil halal. Dia kata tidak order BABI!!! Kalau dia mintak mee soup yang isinya adalah daging BABI ni, dengan selamba jew dia akan keluarkan daging2 ni sehingga habis, dia akan cakap oke no more pig in my bowl... dah tu dia makan la mee soup dia tu...Kalau moden sangat pun jangan lah bodoh sangat betul tak?

Baca, Pahamkan dan Renung2kanlah..silap siapa?

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.



-END-


Thursday, 2 September 2010

Kod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam


Aduss!!! Information ini penting pada kita!!! Pernahkah kita terfikir apa yang telah masuk menjadi darah daging kita dan krim apakah yang kita salut dikulit mulus kita?? Ya Allah, selama ini I leka dan tidak ambil peduli langsung tentang semua ini...malah I tak pernah sedikit pun terlintas difikiran sabun mandi I rupanya dari sumber yang amat2 menjijikkan!!! Mungkin kerana I begitu yakin dengan negara kita, negara Islam maka segala product2, makanan2 di pasaraya @ tepi jalan tu HALAL!!! Kesiannya I jadi manusia yang tidak aware...sedih sungguh!!

Ambil berat sikit lepas ni kalo nak telan semua benda didepan mata...bila dah aware sedikit baru perasan kod-kod ni melambak di label2 junk food kegemaran T_T...sedih lor~~ agak2nya dah beranak pinak cacing Babi ni dlm pewutku~~

Oke...ni cut & paste sebijik macam yang I jumpa kat Internet..I rajin belek2 tenet tuk tambah pengetahuan.


(Artikel ini telah diedit sedikit untuk memudahkan pembacaan- ummuabbas)
http://keranacinta.wordpress.com/2008/01/26/kod-babi-pada-makanan-penting-untuk-ummat-islam/

Oleh Dr.M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & amp; Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan dipasarkan oleh suatu perusahaan, produk tersebut harus mendapat izin terlebih dahulu dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis. Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC. Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang pakar dalam bidang itu. Orangtersebut menjawab,

“KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.”

Jawaban tersebut menimbulkan rasa curiga buat Syeikh Sahib. Kemudian dia mula menyelidiki kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temui cukup memeranjatkan kaum muslimin di dunia.

Hampir seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42000. Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lain. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM. Kemudian badan babi tersebut dipusing untuk membuang lemak. Kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan dan ubat-ubatan dicantumkan pada kemasan.

Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan untuk sampai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan akibat terkena air laut.


Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai lapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan muslim dan beberapa vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).


Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan catatan lemak babi dalam kemasan dengan mencatat lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.

Saat pengeluar produk ditanya oleh pihak berwajib dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya ialah lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & amp; domba, meskipun begitu, lemak-lemak tersebut masih haram bagi muslim kerana kaedah penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak menurut syarak. Justeru itu produk dengan label baru tersebut tetap dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba pasaran ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & amp; ubat-ubatan lainnya.


Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)] oleh negara-negara muslim, kita sebagai orang Islam tidak terkecuali  sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut

ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi lemak babi.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,

E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,

E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,

E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.


Menjadi tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara kita.

Lepas ni nak makan sedap2 kene amik tau dulu source nya dari mana T_T''. Tgk pic ni , amboi2 gumbira sakan makan ye..iyo lar...sodap tu~~

~sigh~

 

-END-

Wednesday, 18 August 2010

List Of Halal Hotel in Malaysia

Sempena Bulan Ramadhan ni hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan .

Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.

Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas ini.



Hotel 5 Bintang :

1) Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya

2) Hotel Evergreen Laurel , Pulau Pinang

3) Hotel Grand Dorsett, Labuan

4) Hotel Pan Pacific KLIA

5) Hotel Legend , KL

6) Hotel Grand Bluewave , Shah Alam

7) Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru

8) Hotel Istana, Kuala Lumpur



Hotel 4 Bintang :

1) Hotel Ancasa Kuala Lumpur

2) Hotel Cititel Pulau Pinang

3) Hotel Crystal Crown, KL

4)Hotel Grand Seasons, KL ( latest : telah ditarik lesen halal!!!)

5) Hotel Armada, Petaling Jaya

6) Hotel Seri Malaysia, Alor Setar

7) Hotel Ming Court, KL

8) Hotel the Summit, USJ Subang

9) PNB Darby Park, Executives Suite, KL



Hotel 3 Bintang :

1) Hotel Brisdale International, KL

2) Hotel Dynasty, KL

3) Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands

4) Hotel Seri Malaysia, Marang

5) Hotel KL, Jalan Raja Muda

6) Hotel Nilai, Negeri Sembilan

7) Hotel PG, KL

8) Hotel Puteri Park, KL

9) Hotel Quality, KL

10) Hotel Residence , Kajang

11) Hotel The Paramount, Sibu

12) Hotel Plaza, KL


Dua Bintang :

1) Hotel Seri Malaysia, Kuantan

2) Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani

3) Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang

Sumber : Berita Kosmo dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Naif sungguh rasa diri ini, tahun-tahun sebelum ini tak pernah semakpun senarai hotel yang ada sijil halal sebelum makan. Asalkan hotel tu nampak Islam dan ramai pengunjung Islam pergi sana, terus je terjah. Walaupun setiap tahun hanya sekali dua sempat berbuka special di hotel, namun tetap tak menyemak terlebih dulu dan ikutje rakan yang lebih alim dan arif dalam hal camni. Tak sangka pula dalam beribu-ribu hotel, tak sampai 50 sahaja yang dapat sijil halal dari JAKIM.

Status 'HALAL' tolonglah jangan dipandang ringan..sebagai umat Islam kita kena sentiasa peka tentang apa yang akan masuk ke dalam tubuh badan kita dan menjadi darah daging kita. Sikap sambil lewa sekarang menjadi punca perkara ini berleluasa.Jangan mahu menunding jari kepada orang lain tapi tanya diri sendiri -tepuk dada tanya selera..
^_^

Friday, 5 March 2010

Halal Haram...makanan harian kita

Sedar tak sedar rasanya kita mudah memperlekehkan apa yang kita ambil buat tubuh badan kita.
Saya dapati terlalu banyak hidden agenda dari pengeluar/pengedar bukan Islam di Malaysia ni yang sengaja menipu secara terang-terangan ataupun tidak. Ini adalah pendapat saya saja..Terpulanglah anda sekalian kisah ataupun tidak..Bagi saya mereka tidak tahu atau tidak faham definisi sebenar makna HALAL itu...jika tiada BABI maka makanan itu dikira Halal...

Ya...kita semua tahu sebagai umat Islam kita diharamkan untuk memakan binatang ini kecuali dalam keadaan darurat sahaja...tapi jika dibayangkan kita berada di dalam keadaan darurat...mampukah kita ini menelan walaupun hanya secebis dagingnya?...tak terlintas difikiran dan yang pasti saya memang tak mampu membayangkan keadaan itu..Kenapa yea kita tidak boleh makan binatang ini? Apa yang saya tau binatang ini sejenis yang pengotor...jadi ia boleh membawa pelbagai penyakit...contohnya penyakit JE...lagi satu maaf saya nak cakap mereka yang mengambil terlalu banyak makanan dari binatang ini pasti badanya bau hanyir...

Ok...teruskan pada topik utama..bukan binatang ini yang saya nak persoalkan..saya nak cakap tentang makanan yang berada dipasaran sekarang ni....sungguh melambak-lambak bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan...ok berfalsafah sikit...Benarkah makanan ini HALAL? Pastikah kita?

Oleh itu saya telah amik inisiatif utk menjadi ahli kepada produk HPA iaitu dijamin HALAL pengeluarnya. Saya cuba mencari sesuatu yang HALAL buat diri saya kerana takut terlibat denga perkara tidak halal la pula...kenapa HPA? Mencari yang HALAL itu wajib bg kita sebagai umat Islam...lagipun tak salah kalau kita menolong pengeluar Islam ini mengembangkan ekonomi Islam di serantau ini agar umat Islam tidak dipandang lemah. Ekonomi Islam perlu kukuh agar tidak ditindas.

Marilah kita beramai-ramai menyokong produk Islam!!!







Sibuk

- B . U . S . Y - Penatnya hari ni... Tak menang tangan nak layan customer.. so entry kali ni pendek saja la yea.. Balik keje nanti nak ...