Friday, 24 September 2010

♥ My Personality ♥


This is my avatar ^^

Because I'm a girl...
( exactly beautiful women - Nun puji diri sendiri ok..kalo x suke sudah)

 I ♥ Fashion

I ♥ Make Up

 I ♥ Pink

 I ♥ Heels

 I ♥ Shopping
( Spend time with money?? - love it!)

I ♥ Flower
( especially Orked )

I ♥  myself & family

How about you? Lets think and talk (^_^)


* Acctually this is my assignment 1 from myred eyes*


-END-


Wednesday, 22 September 2010

Ingin meningkatkan trafik & Nuffnang?


caket mate kew?? alolololo comel gak pic kartun ni -_-''

Nun nak jadi jutawan....korang nak jadi jutawan gak tak?
Jutawan pe? jutawan blog leh tak? hahahahahahaaa...tapi macam mana nak dapatkan trafik yang tinggi di blog ye?hmm..hm..hm..
En.Nizam Omar ada buat program yang diberi nama myred eyes. Myred eyes  ni bertujuan untuk membantu blogger2 meningkatkan traffic ngan nuffnang, so tanpa berlengah lagi Nun pun nak cuba lah..mana tau rezeki jutawan Nun disitu...wakakakaakah .(poyos tul la aku ni!!adusss...adusss)

Korang nak join tak? Cepat-cepat lah pi jenguk blog En.Nizam sebab hanya 100 penyertaan jew...sape cepat dia dapat

*wink*


-END-





 
 
 
 

Tuesday, 21 September 2010

JAKIM tarik sijil Halal QBB Pure Ghee

Dunno wat to say.
Dah jadi darah daging kita semua pun...Tapi Alhamdulillah, JAKIM peka dan alerts mengenai product ni. Nun dah tau perkara ini since June 2010 di PBC HPA, Gunung Ledang, Johor. 

Minyak sapi ni ade mengandungi lemak BABI. Minyak sapi ni cukup popular dikalangan mereka yang gemar makan nasi beriani, nasi tomato, kueh raya...hah...jangan cakap ada dikalangan korang yang nak megelat cakap, aku tak makan mende ni semua...tampo kang...hehehehe...gurau jew..lak tak pasal..

Oke, Nun dapat sumber ni melalui email dari rakan sekerja...siap ade pengesahan lagi sebab bila Nun semak di laman web JAKIM...SAH!!!...memang SAH!!! JAKIM dah tarik balik Sijil HALAL minyak sapi ni...Nun ada cakap dekat teman-teman & saudara-saudara terdekat tapi mereka tak mahu percaya...sedih...sekarang ni tolong lah jadi muslim dan muslimah yang menjaga darah daging kita dari sumber haram ini....

Nak story mory sikit, oke bukan Nun nak kutuk ke, nak menjatuhkan maruah orang or watever lah...nak kongsi cerita kawan adik(Nurul Aien) tentang rakan sekerjanya yang begitu naif sekali tentang halal haram ni...sungguh sedih bila Aien cakap dia tu cuma tau BABI tu tak boleh makan...so daging Babi jangan sesekali telan masuk ke tubuh badan kita...maka dengan bangganya dia cerita tidak kisah makan di kedai-kedai bukan muslim yang tiada sijil halal. Dia kata tidak order BABI!!! Kalau dia mintak mee soup yang isinya adalah daging BABI ni, dengan selamba jew dia akan keluarkan daging2 ni sehingga habis, dia akan cakap oke no more pig in my bowl... dah tu dia makan la mee soup dia tu...Kalau moden sangat pun jangan lah bodoh sangat betul tak?

Baca, Pahamkan dan Renung2kanlah..silap siapa?

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.



-END-


Thursday, 2 September 2010

Kod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam


Aduss!!! Information ini penting pada kita!!! Pernahkah kita terfikir apa yang telah masuk menjadi darah daging kita dan krim apakah yang kita salut dikulit mulus kita?? Ya Allah, selama ini I leka dan tidak ambil peduli langsung tentang semua ini...malah I tak pernah sedikit pun terlintas difikiran sabun mandi I rupanya dari sumber yang amat2 menjijikkan!!! Mungkin kerana I begitu yakin dengan negara kita, negara Islam maka segala product2, makanan2 di pasaraya @ tepi jalan tu HALAL!!! Kesiannya I jadi manusia yang tidak aware...sedih sungguh!!

Ambil berat sikit lepas ni kalo nak telan semua benda didepan mata...bila dah aware sedikit baru perasan kod-kod ni melambak di label2 junk food kegemaran T_T...sedih lor~~ agak2nya dah beranak pinak cacing Babi ni dlm pewutku~~

Oke...ni cut & paste sebijik macam yang I jumpa kat Internet..I rajin belek2 tenet tuk tambah pengetahuan.


(Artikel ini telah diedit sedikit untuk memudahkan pembacaan- ummuabbas)
http://keranacinta.wordpress.com/2008/01/26/kod-babi-pada-makanan-penting-untuk-ummat-islam/

Oleh Dr.M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & amp; Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan dipasarkan oleh suatu perusahaan, produk tersebut harus mendapat izin terlebih dahulu dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis. Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC. Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang pakar dalam bidang itu. Orangtersebut menjawab,

“KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.”

Jawaban tersebut menimbulkan rasa curiga buat Syeikh Sahib. Kemudian dia mula menyelidiki kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temui cukup memeranjatkan kaum muslimin di dunia.

Hampir seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42000. Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lain. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM. Kemudian badan babi tersebut dipusing untuk membuang lemak. Kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil. Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan dan ubat-ubatan dicantumkan pada kemasan.

Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut. Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan untuk sampai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan akibat terkena air laut.


Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai lapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan muslim dan beberapa vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).


Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan catatan lemak babi dalam kemasan dengan mencatat lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.

Saat pengeluar produk ditanya oleh pihak berwajib dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya ialah lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & amp; domba, meskipun begitu, lemak-lemak tersebut masih haram bagi muslim kerana kaedah penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak menurut syarak. Justeru itu produk dengan label baru tersebut tetap dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba pasaran ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & amp; ubat-ubatan lainnya.


Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)] oleh negara-negara muslim, kita sebagai orang Islam tidak terkecuali  sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut

ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi lemak babi.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,

E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,

E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,

E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.


Menjadi tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara kita.

Lepas ni nak makan sedap2 kene amik tau dulu source nya dari mana T_T''. Tgk pic ni , amboi2 gumbira sakan makan ye..iyo lar...sodap tu~~

~sigh~

 

-END-

Wednesday, 18 August 2010

List Of Halal Hotel in Malaysia

Sempena Bulan Ramadhan ni hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan .

Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.

Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas ini.



Hotel 5 Bintang :

1) Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya

2) Hotel Evergreen Laurel , Pulau Pinang

3) Hotel Grand Dorsett, Labuan

4) Hotel Pan Pacific KLIA

5) Hotel Legend , KL

6) Hotel Grand Bluewave , Shah Alam

7) Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru

8) Hotel Istana, Kuala Lumpur



Hotel 4 Bintang :

1) Hotel Ancasa Kuala Lumpur

2) Hotel Cititel Pulau Pinang

3) Hotel Crystal Crown, KL

4)Hotel Grand Seasons, KL ( latest : telah ditarik lesen halal!!!)

5) Hotel Armada, Petaling Jaya

6) Hotel Seri Malaysia, Alor Setar

7) Hotel Ming Court, KL

8) Hotel the Summit, USJ Subang

9) PNB Darby Park, Executives Suite, KL



Hotel 3 Bintang :

1) Hotel Brisdale International, KL

2) Hotel Dynasty, KL

3) Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands

4) Hotel Seri Malaysia, Marang

5) Hotel KL, Jalan Raja Muda

6) Hotel Nilai, Negeri Sembilan

7) Hotel PG, KL

8) Hotel Puteri Park, KL

9) Hotel Quality, KL

10) Hotel Residence , Kajang

11) Hotel The Paramount, Sibu

12) Hotel Plaza, KL


Dua Bintang :

1) Hotel Seri Malaysia, Kuantan

2) Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani

3) Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang

Sumber : Berita Kosmo dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Naif sungguh rasa diri ini, tahun-tahun sebelum ini tak pernah semakpun senarai hotel yang ada sijil halal sebelum makan. Asalkan hotel tu nampak Islam dan ramai pengunjung Islam pergi sana, terus je terjah. Walaupun setiap tahun hanya sekali dua sempat berbuka special di hotel, namun tetap tak menyemak terlebih dulu dan ikutje rakan yang lebih alim dan arif dalam hal camni. Tak sangka pula dalam beribu-ribu hotel, tak sampai 50 sahaja yang dapat sijil halal dari JAKIM.

Status 'HALAL' tolonglah jangan dipandang ringan..sebagai umat Islam kita kena sentiasa peka tentang apa yang akan masuk ke dalam tubuh badan kita dan menjadi darah daging kita. Sikap sambil lewa sekarang menjadi punca perkara ini berleluasa.Jangan mahu menunding jari kepada orang lain tapi tanya diri sendiri -tepuk dada tanya selera..
^_^

Thursday, 22 July 2010

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Salam
Hari ini sudah masuk hari ke-10 Syaaban. Tapi dalam leka melayari Internet saya terjumpa Peristiwa Israk dan Mikraj ini. Jadi terlintas didalam hati nak simpan di laman blog saya disamping berkongsi ilmu buat pembaca (ceh ade ke yg nk bace?heheheee). Oke lah baca sampai habis dan renungkanlah peristiwa ini yg menjadi sejarah Islam.
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Diidatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan

Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)



Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1).

dari : http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm dan http://www.faizalr.com/2005/09/peristiwa-israk-mikraj.html



Semoga kita mendapat iktibar daripada peristiwa ini. Allah maha Besar dan Maha Berkuasa. AMIN



Tuesday, 25 May 2010

Release Tensian - Mayat Berjalan

Aduh....ponink kepala saya terima mel dari rakan sepejabat ni....MAYAT BERJALAN??
Sudah terang-terangan lah dalam Islam perkara ini di anggap khurafat dan betentangan dengan Islam.
So saya hanya mahu berkongsi pengetahuan ini kerana didunia ini ada berbagai kaum dan etnik yang menjalani kehidupan yang di luar jangkauan kita...

Tapi ingat jangan diperlekehkan mereka ini ...cara hidup sebegini adalah salah satu khazanah dunia yang unik yang kita perlu ketahui biarpun bagi umat Islam ianya mengarut...

Ok saya copy & paste bulat-bulat mel saya disini yea....

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana
mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

Ini benar-benar gambar mayat berjalan ke?? Macam pelik je kan kan...

Macam mana percaya tak? Renung-renungkan dan ingatlah hanya ALLAH S.W.T maha berkuasa.
Amin

Sibuk

- B . U . S . Y - Penatnya hari ni... Tak menang tangan nak layan customer.. so entry kali ni pendek saja la yea.. Balik keje nanti nak ...